Thursday 4 February 2010

Kesan jika Faktor kuasa rendah

Kesan kepada pengguna jika faktor kuasa rendah:

Kecekapan alat berkurangan
Susutan voltan pada kabel bertambah
Kehilangan kuasa kabel bertambah
Denda tambahan pada bil pengguna
Susutan kuasa pada transfomer
Susutan kuasa pada bahagian sekunder transfomer

Kesan kepada TNB jika faktor kuasa rendah

Tenaga elektrik banyak terbuang
Voltan yang tinggi untuk dibekalkan untuk kuasa yang sama
Tenaga bahagian-bahagian lain terjejas
Perbelanjaan yang tinggi tetapi keuntungan berkurangan

Tindakan TNB jika faktor kuasa menjadi rendah

Memasang faktor kuasa meter
Mengenakan takrif yang tinggi jika faktor kuasa yang rendah
Mengenakan denda
Membuat pemeriksaan yang mengejut

Kesan faktor kuasa selepas dibetulkan


Tiada denda dikenakan
Penjimatan tenaga
Beban yang rendah kepada pengguna
Peningkatan pada voltan
Beban keseluruhan berkurangan

Masalah faktor kuasa berlaku pada beban kapasitif/induktif dan arus ulang-alik saja

Kelebihan Motor Segerak dan kapasitor

Motor segerak boleh membaiki faktor kuasa kerana kelajuan motor ini stabil.
Adanya arus ujaan ini membolehkan fasa voltan dan fasa arus menjadi sama dan faktor kuasa boleh dibetulkan

Kapasitor boleh dipasang secara berlebihan.Arus akan mendahului voltan dalam litar.Kabel menerima arus yang tinggi.Pembaziran kos pemasangan pemasangan kapasitor.Jangka hayat akan berkurangan kerana menerima arus yang tinggi.

Mengukur faktor kuasa

Meneliti pada jangka voltan,jangka ampiar dan jangka watt
Cara TNB memantau faktor kuasa adalah merujuk KVAR dan watt meter

Kegunaan Power Factor Regulator

Power factor regulator digunakan atau dipasang bersama-sama unit kapasitor bank untuk menghidupkan kapasitor bank dari satu unit ke satu unit yang lain bila berlaku kekurangan arus

3 comments:

  1. salam...saya nk mintak tolong saudara perjelaskan tentang arus ujaan...saya pelajar dalam bidang elektrik...sayq harap saudara boley perjelaskan tentang arus ujaan...pertolongan saudara amat saya hargai...

    ReplyDelete
  2. Untuk mengelakkan kilang/pejabat/rumah kedai anda terkena surcharge power factor tnb...sy ad jln penyelesaiannya. ..harga teramat berpatutan...call direct 0166267626 zakaria

    ReplyDelete