Monday 18 January 2010

Faktor Pemilihan Kabel

Jenis kabel,keupayaan membawa arus,susutan voltan,voltan bekalan dan suhu ambient

Kebaikan kabel bawah tanah

Kurang penyelenggaraan kerana kurang berlaku kerosakan
Boleh membekalkan beban yang tinggi kerana terdapat saiz kabel yang lebih besar dan berbilang saiz
Boleh direntang ditempat yang sempit
Boleh direntang melalui parit,sungai dan jalan raya

Keburukan kabel bawah tanah

Kos penyelenggaraan yang mahal kerana menggunakan jentera berat
Susah untuk mengesan kerosakan
Berat dan susah direntang dan terpaksa menggunakan ramai pengguna

Kebaikan kabel talian atas

Ringan dan murah kerana ia menggunakan aluminium
Mudah diselelnggarakan kerana mudah dilihat dengan jelas
Pengagihan lebih mudah kerana sambungan dibuat diatas tiang
Mudah untuk mengesan kerosakan dan membaikinya

Keburukan kabel talian atas

Mudah rosak atau putus apabila ditimpa dahan kayu
Perlu membuat penyelenggaraan yang kerap
Tiang yang mudah reput kerana usia yang lama dan makan anai-anai
Tidak sesuai di tempat yang sempit
Mudah patah apabila dilanggar kenderaan


1 comment: