Thursday, 7 January 2010

Apa itu kabel?


Apakah itu kabel?Kabel adalah satu medium yang digunakan untuk mengalirkan arus elektrik dari bekalan elektrik ke beban-beban.Kabel yang digunakan hendaklah berunsur logam.Kebiasaanya kabel yang digunakan dalam seharian kita adalah daripada unsur kuprum dan aluminium.Ini adalah kerana ia bersifat ringan,murah dan mudah di dapati.

Setiap kabel atau wayar sudah siap dibaluti dengan penebat yang pelbagai jenis bahan kerana ia sesuai pada tempat dan keadaan.Contoh penebat yang digunakan ialah:

  • Polyniryl Chloride(PVC)
  • Impregnated paper (PILCDSTAS)
  • Mineral Insulation (MICC)
  • Cross Linked Polyethylene (XLPE)
Setiap kabel-kabel elektrik mempunyai perlindungan mekanikal tersendiri iaitu:

  • Steel Wire Armoured(SWA)
  • Double Steel Taped Armoured
  • Copper Sheath
  • Lead Sheath
Di sini saya ingin menerangkan jenis-jenis kabel voltan rendah sahaja:

  • Paper Insulated Lead Cover (PILC)
  • Paper Insulated Lead Cover Double Steel Tape Armoured (PILCDSTAS)
  • PVC/SWA/PVC
  • PVC/XLPE/PVC
  • MICC
Kabel mempunyai banyak teras iaitu satu,dua,tiga dan empat teras.Cara mengenal fasa pada kabel:

  • PILDSTAS- 1 merah,2 kuning,3 biru dan 0 neutral
  • PVC/XLPE/PVC dan PVC/XLPE/PVC-warna kabel mengikut fasa dan warna hitam untuk neutral

4 comments:

  1. boleh wat bahan rujukan nie...

    ReplyDelete
  2. tq berkongsi info...

    bleh dpt name2 kabel diatas dlm bahasa melayu x?
    tq

    ReplyDelete
  3. sy na tnya bagaimana cara2 pengujian hv underground cable di lakukan..

    ReplyDelete